Khamis, 25 Mac 2010

Ciri-ciri Isteri Solehah


Di antara ciri-ciri isteri solehah iaitu:

1.Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami menurut kehendak Allah SWT.

2.Bersikap malu terhadap suami.

3.Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata baru berbicara setelah ia selesai berbicara.

4.Memakai wangi-wangian di hadapan suami.

5.Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.

6.Sentiasa menghormati keluarga suami.

7.Bersyukur di atas segala yang disediakan oleh suami.

8.Tidak berpuasa sunat kecuali dengan kebenaran suami.

9.Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

10.Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.

11.Bersyukur di atas segala yang disediakan oleh suami.

12.Berdiri tegak sebagai menghormati ketika suami datang dan pergi.

Masalah Lazim Sewaktu Hamil dan Langkah Mengatasinya





Ramai wanita yang menghadapi masalah ketika hamil seperti sakit pinggang, buasir dan sebagainya. Masalah sewaktu hamil dapat diatasi dengan beberapa langkah seperti berikut:

1.Sakit Pinggang
Sakit pinggang berlaku disebabkan tindakan hormon yang melembutkan ligamen-ligamen ( berkas gantian yang menghubungkan bahagian-bahagian badan; seperti tulang dengan tulang dan sebagainya ) ada yang tegang, kerana gaya atau posisi tubuh yang tidak baik. Bahu yang tegang atau belakang dan otot-otot abdomen yang lemah berkemungkinan juga menyebabkan sakit belakang.

Langkah Mengatasi
Jika sakit di bawah tulang bahu, cuba pakai coli yang lebih besar atau buka cangkuknya. Pusingkan bahu anda secara perlahan untuk mengurangkan ketegangan dan mengendurkan otot-otot di belakang. Jika sakit jauh ke bawah, terutama pada satu sisi, maka jagalah postur atau bentuk tubuh anda.Jika sakit di pelvis atau tulang punggung, cuba gunakan bengkung (girdle) penyokong kehamilan jika terasa sangat sakit atau apabila anda terpaksa berdiri lama. Menggerakkan pelvis atau tulang punggung boleh juga membantu sakit pinggang anda.

2.Sembelit
Terdapat beberapa punca berlaku sembelit ketika hamil. Di antara punca-puncanya ialah hormon yang melembutkan otot-otot usus menyebabkannya kurang cekap bekerja,pengambilan serat yang sangat sedikit dalam pemakanan atau keadaan rahim yang semakin membesar dan akan menekan usus besar.

Langkah Mengatasi
Makanlah sedikit buah-buahan sebelum tidur seperti kismis.Letakkan kaki di atas baldi yang diterbalikkan dan renggangkan kaki ketika membuang najis. Kedudukan ini dapat mengelakkan daripada meneran yang boleh menyebabkan buasir.Jika usaha ini gagal, ada baiknya segera menemui doktor.

3.Kejang
Kejang sewaktu tempoh kehamilan mungkin disebabkan peredaran darah yang kurang baik,kekurangan kalsium atau terlalu banyak fosforus.Ia selalu bermula pada pertengahan tempoh kehamilan dan hilang pada bulan yang terakhir. Diet juga boleh menjadi penyebab utama.

Langkah Mengatasi
Tegangkan otot yang kejang pada betis atau kaki anda dengan menarik kaki perlahan-lahan ke arah lutut. Selalunya kekejangan berlaku kerana anda bangun dengan meluruskan kaki dan ibu jari ( terus bangun, tanpa mengalih badan mengiring ). Biasanya menolak jauh tapak kaki anda ketika meluruskan kaki. Urut otot-otot tersebut dengan santai.

4.Pening dan Pitam
Pening dan pitam mungkin kerana berdiri lama, bilik yang terlalu panas, kekurangan udara, kurang darah atau tekanan darah rendah.Ini boleh berlaku bila-bila masa ketika hamil, tetapi biasanya tidak meninggalkan apa-apa kesan terhadap bayi.

Langkah Mengatasi
Apabila kepala anda mula terasa ringan, cuba tekan tapak kaki ke lantai dengan kuat. Baringlah dengan mengiring, di atas sisi sehingga rasa pening hilang.

5.Buasir
Buasir sebenarnya adalah saluran darah tersimpul (vena varikos). Ia disebabkan oleh hormon dan tekanan daripada kepala bayi atau sembelit dan cirit-birit.

Langkah Mengatasi
Ambil seulas bawang putih yang telah dikupas, kemudian letakkan di anus pada waktu malam. Untuk mengecutkan vena yang bengkak, cuba basahkan bahagian yang sakit dengan ais. Insya-Allah rasa sakit akan berkurangan.

6. Pedih Ulu hati
Hormon yang melembutkan pencerut yang menutup perut anda, membenarkan makanan separa hadam kembali ke gulet di mana asid-asid perut menyebabkan kesakitan. Setiap kali ini berlaku, kesakitannya seperti menitiskan air limau ke atas jari yang luka. Tambahan pula apabila usia kehamilan meningkat,kedudukan dan saiz bayi turut menambahkan lagi tekanan ke atas pencerut.

Langkah Mengatasi
Tegakkan belakang anda di atas bantal ketika tidur untuk beberapa malam atau tinggikan bahagian kepala katil supaya bahagian pedih dapat pulih kembali.

7.Urat Bersimpul (Vena Varikos)
Hormon melembutkan pembuluh (vena) di kaki dan faraj anda. Begitu juga bayi yang membesar di dalam kandungan menambah tekanan ke atas vena tersebut. Vena verikos cenderung menjadi lebih teruk selepas beberapa kehamilan. Satu jalinan salur darah yang berdekatan dengan kulit akhirnya bersimpul dan kelihatan berwarna biru, merupakan tanda-tanda berlakunya gejala ini.

Langkah Mengatasi
Tinggikan paha dan kaki di atas bantal. Vena verikos pada vulvu akan hilang selepas kelahiran bayi, manakala pada kaki, ia akan bertambah baik apabila hormon berkurangan.

Rabu, 24 Mac 2010

PETUA-PETUA JADI KAYA



1. Ada simpanan yang tidak diusik
Buka satu akaun bank. Tiap-tiap minggu, masukkan duit ke dalam akaun tersebut. Sedikit pun tak mengapa. Yang penting, JANGAN USIK DUIT ITU. Sebaiknya, masukkan duit menggunakan mesin Cash Deposit dan jangan periksa baki. Selepas beberapa tahun, duit tersebut akan banyak.

2. Berniaga & Berpersatuan
Berniaga adalah sunnah Rasulullah SAW. Beza orang Melayu berniaga dan orang Cina berniaga ialah ramai Melayu berniaga secara individu sedangkan Cina aktif dengan persatuan. Orang Melayu saling jatuh-menjatuhkan dalam berniaga sedangkan orang Cina saling bantu-membantu. Lihat saja kedai handphone kat pasaraya, banyak tapi bantu-membantu.Kenapa Melayu Islam, Cina Kafir?? Pernah fikir tak? Dulu, Melayu dan raja-raja Melayu masuk Islam kerana kagum tengok pedagang-pedagang Arab yang Islam hidup kaya dan penuh keadilan. Sekarang, orang Melayu ramai miskin banding Cina. Kenapa? Enggan berniaga dan tidak bersabar..

3. Mesti minat
Kalau anda nak jadi kaya, anda mesti seronok dengan kerja yang anda buat. Bill Gates pernah berkata, kalau tak jadi jutawan pun saya akan kerja buat software kerana saya enjoy dengan kerja ini. Tanam minat dan pastikan anda enjoy dengan kerja anda.

4. Mesti ada perancangan
Orang Melayu selalunya rajin tapi malas untuk membuat perancangan. Kalau nak jadi jutawan, mesti berfikiran kreatif. Saya bagi contoh, kalau anda jual air kacang soya kat pasar malam dan perolehi RM1000 sebulan, sampai bila pun anda takkan jadi kaya. Tapi , kalau setiap 3 bulan anda buka gerai baru, dan upah pekerja untuk uruskan, ini lain cerita. Kalau anda kutip RM400 dan upah pekerja RM600, anda dapat RM400 sebulan tanpa kerja dari satu gerai. Kalau anda ada 10 gerai, anda boleh kutip RM4000sebulan tanpa kerja.Kena ada perancangan 3 bulan, perancangan setahun, target lepas 2tahun dan seterusnya. Menjelang 3 tahun, perniagaan mesti boleh beroperasi tanpa anda.

5. Anda mesti berjimat
Ramai orang ada duit sikit bershopping sakan dan membeli barang yang tidak sepatutnya. Pastikan 10% gaji anda disimpan. 25% digunakan untuk beli rumah. 15% untuk dimasukkan semula (ditambah)dalam perniagaan. Baki terpulang pada anda.

6. Investment atau simpanan tetap
Kepada yang berpegang pada fahaman interest bank itu riba, sila buat pelaburan/investment yang membawa untung 10% setahun. Kalau anda simpan RM10,000 dalam bank dengan fixed interest 10% setahun, setiap 7 tahun wang anda akan berganda. Maknanya, lepas 7 tahun, duit RM10,000 tu dah jadi RM20,000. Lepas 14 tahun, sekali ganda lagi, jadi RM40,000. Lepas 21 thn, RM80k. Lepas 28 thn, RM160k, Lepas 35 thn, RM160k. Lepas 42 thn, RM320,000. Lepas 49 tahun, dah jadi RM640,000. Maknanya, kalau anda simpan dan langsung tidak mengusik duit RM10,000 tersebut dari satu akaun, anak anda sudah pasti akan menjadi jutawan!

8. Bersedekah
Anda hendaklah sentiasa bersedekah kerana dengan bersedekah, rezeki anda akan datang mencurah-curah,insya-Allah.

9. Mest ada ILMU
Kalau nak berniaga atau nak buat apa-apa, patikan anda jadi yang terbaik dalam bidang tersebut. Caranya, anda mesti belajar semua yang anda boleh berkenaan bidang tersebut. Sentiasa tambah ilmu dan belajar dari yang berpengalaman.

19 Keistimewaan Wanita

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Petua Menambat Hati Suami

1. Sentiasa mendengar apabila suami sedang bercakap.

2. Tidak mudah merajuk atau mengeluh.

3. Berhias dan bersolek hanya untuk suami.

4. Menunaikan permintaan suami selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak.

5. Dahulukan permintaan suami daripada kehendak pihak lain seperti anak-anak.

6. Diam ketika suami sedang marah.

7. Berusaha menghargai pemberian suami.

8. Menjauhi kata-kata serta tingkahlaku yang boleh menyinggung hati suami

9. Jauhkan perkara yang dapat membebankan hati mahupun fikiran suami

10. Minta izin ketika menggunakan wang suami.

11. Berbicara dengan suami dengan nada yang lemah lembut dan kata-kata baik.

12. Berusaha untuk melayani suami dan mengikut kegemaran dan kesukaannya.

13. Sentiasa menampakkan wajah yang riang dan dan senyuman manis kepada suami.

14. Berusahalah dengan sebaik-baiknya untuk memuliakan keluarga suami.

Selasa, 23 Mac 2010

Nasihat untuk Para Isteri



1. Jangan Cerewet dan Pendiam
Kalau engkau telah bersuami hendaklah engkau berlaku sederhana dalam perkataan. Jangan terlalu banyak bicara atau cerewet sebab akan menyesakkan dada suamimu dan membuat dia gelisah. Tetapi juga jangan engkau jadi pendiam, tak senang berbicara dengan suami. Inipun akan menjemukan dan membosankan suamimu yang akhirnya engkau akan dibiarkan sahaja.

2. Jangan Banyak Meminta
Terlalu banyak meminta itu dan ini kepada suamimu,seringkali menyusahkan suamimu ketika engkau memberatkan beban ke atasnya, di kala itu suamimu cinta kepadamu kerana terpaksa. Cinta terpaksa itu hendaknya jangan ada dalam pergaulan suami isteri.

3. Menghiasi Muka
Jangan engkau kotorkan mukamu dengan warna-warni dan air mata, lebih baik engkau pelihara kelembutan anggota badanmu,kesihatanmu dan kecantikan rambutmu. Dan sentiasa menghiasi wajahmu dengan wuduk.

4. Memelihara Kehormatan Diri
Berusahalah supaya suamimu melihatmu dengan pandangan yang terhormat dan menghargai kedudukanmu sebagai isteri sejati. Jangan mempunyai niat serong terhadap suamimu, kerana itu adalah dosa besar.

5. Jangan Mengeluh
Janganlah engkau mengeluh di hadapan suamimu, lantaran engkau payah bergaul dengannya.Seandainya tidak ada jalan lain maka lebih baiknya engkau minta berpisah dengannya. Ini juga kalau sekiranya perpisahan itu membawa kebahagiaan bagimu.

6. Menghindarkan Perselisihan
Jangan engkau membanyakkan perselisihan dan perkelahian disebabkan perkara kecil saja. Bersikap sabar dan tabahlah dalam menghadapi setiap cabaran hidup.

7. Mengadukan Kesusahan
Apabila ada beberapa hal yang menyusahkan dalam rumahtangga,hendaklah engkau menantikan kedatangan suamimu dari tempat kerjanya, jangan engkau lekas meninggalkan rumahtangga. Kalau sampai suamimu dirumah berikan waktu istirehat untuknya, kemudian barulah engkau terangkan kepadanya apa-apa yang menyusahkan itu. Tetapi dengan secara yang bijaksana dan lembah lembut.

8.Jangan Membuka Rahsia Rumahtangga
Ketahuilah,bahawasanya segala rahsia rumahtanggamu itu adalah suci,maka janganlah engkau cemarkan dia dengan jalan menyampaikannya dan menyiarkannya kepada orang lain.

9.Berbicara Sopan
Apabila engkau berbicara dengan suamimu,hendaklah dengan percakapan yang baik dan sopan. Jangan dengan percakapan yang membangkitkan rasa jemu dan bosan.

10.Menjaga Kebersihan
Hendaklah engkau mementingkan kebersihan rumahtangga dan pakaian. Kalau dapat hendaknya engkau perlihatkan kepada suamimu, tentang kebersihan yang baik dan sesuai.

Tips Kewangan Keluarga

1.Buat bajet agar dapat diikuti oleh semua ahli keluarga secara disiplin.

2.Mulakan tabungan walaupun kecil. Pastikan ianya dilakukan secara berterusan.

3.Catat setiap perbelanjaan walau sekecil mana sekalipun dan pantau aliran tunai sekurang-kurangnya sebulan sekali.

4.Jika mendapat kenaikan atau bonus,tabungkan kesemuanya.

5.Hentikan penggunaan kad kredit untuk sebilan dua dan lihat hasilnya.

6.Bayar lebih bagi jumlah minimum kad kredit anda

7.Jangan belanja berlebihan. Bezakan antara keperluan atau kemahuan.

8.Jangan terpedaya dengan mana-mana skim cepat kaya.

9.Jangan melabur jika tidak benar-benar memahami produk kewangan berkenaan

10.Pastikan aliran wang keluar tidak melebihi wang masuk!