Khamis, 25 Mac 2010

Masalah Lazim Sewaktu Hamil dan Langkah Mengatasinya





Ramai wanita yang menghadapi masalah ketika hamil seperti sakit pinggang, buasir dan sebagainya. Masalah sewaktu hamil dapat diatasi dengan beberapa langkah seperti berikut:

1.Sakit Pinggang
Sakit pinggang berlaku disebabkan tindakan hormon yang melembutkan ligamen-ligamen ( berkas gantian yang menghubungkan bahagian-bahagian badan; seperti tulang dengan tulang dan sebagainya ) ada yang tegang, kerana gaya atau posisi tubuh yang tidak baik. Bahu yang tegang atau belakang dan otot-otot abdomen yang lemah berkemungkinan juga menyebabkan sakit belakang.

Langkah Mengatasi
Jika sakit di bawah tulang bahu, cuba pakai coli yang lebih besar atau buka cangkuknya. Pusingkan bahu anda secara perlahan untuk mengurangkan ketegangan dan mengendurkan otot-otot di belakang. Jika sakit jauh ke bawah, terutama pada satu sisi, maka jagalah postur atau bentuk tubuh anda.Jika sakit di pelvis atau tulang punggung, cuba gunakan bengkung (girdle) penyokong kehamilan jika terasa sangat sakit atau apabila anda terpaksa berdiri lama. Menggerakkan pelvis atau tulang punggung boleh juga membantu sakit pinggang anda.

2.Sembelit
Terdapat beberapa punca berlaku sembelit ketika hamil. Di antara punca-puncanya ialah hormon yang melembutkan otot-otot usus menyebabkannya kurang cekap bekerja,pengambilan serat yang sangat sedikit dalam pemakanan atau keadaan rahim yang semakin membesar dan akan menekan usus besar.

Langkah Mengatasi
Makanlah sedikit buah-buahan sebelum tidur seperti kismis.Letakkan kaki di atas baldi yang diterbalikkan dan renggangkan kaki ketika membuang najis. Kedudukan ini dapat mengelakkan daripada meneran yang boleh menyebabkan buasir.Jika usaha ini gagal, ada baiknya segera menemui doktor.

3.Kejang
Kejang sewaktu tempoh kehamilan mungkin disebabkan peredaran darah yang kurang baik,kekurangan kalsium atau terlalu banyak fosforus.Ia selalu bermula pada pertengahan tempoh kehamilan dan hilang pada bulan yang terakhir. Diet juga boleh menjadi penyebab utama.

Langkah Mengatasi
Tegangkan otot yang kejang pada betis atau kaki anda dengan menarik kaki perlahan-lahan ke arah lutut. Selalunya kekejangan berlaku kerana anda bangun dengan meluruskan kaki dan ibu jari ( terus bangun, tanpa mengalih badan mengiring ). Biasanya menolak jauh tapak kaki anda ketika meluruskan kaki. Urut otot-otot tersebut dengan santai.

4.Pening dan Pitam
Pening dan pitam mungkin kerana berdiri lama, bilik yang terlalu panas, kekurangan udara, kurang darah atau tekanan darah rendah.Ini boleh berlaku bila-bila masa ketika hamil, tetapi biasanya tidak meninggalkan apa-apa kesan terhadap bayi.

Langkah Mengatasi
Apabila kepala anda mula terasa ringan, cuba tekan tapak kaki ke lantai dengan kuat. Baringlah dengan mengiring, di atas sisi sehingga rasa pening hilang.

5.Buasir
Buasir sebenarnya adalah saluran darah tersimpul (vena varikos). Ia disebabkan oleh hormon dan tekanan daripada kepala bayi atau sembelit dan cirit-birit.

Langkah Mengatasi
Ambil seulas bawang putih yang telah dikupas, kemudian letakkan di anus pada waktu malam. Untuk mengecutkan vena yang bengkak, cuba basahkan bahagian yang sakit dengan ais. Insya-Allah rasa sakit akan berkurangan.

6. Pedih Ulu hati
Hormon yang melembutkan pencerut yang menutup perut anda, membenarkan makanan separa hadam kembali ke gulet di mana asid-asid perut menyebabkan kesakitan. Setiap kali ini berlaku, kesakitannya seperti menitiskan air limau ke atas jari yang luka. Tambahan pula apabila usia kehamilan meningkat,kedudukan dan saiz bayi turut menambahkan lagi tekanan ke atas pencerut.

Langkah Mengatasi
Tegakkan belakang anda di atas bantal ketika tidur untuk beberapa malam atau tinggikan bahagian kepala katil supaya bahagian pedih dapat pulih kembali.

7.Urat Bersimpul (Vena Varikos)
Hormon melembutkan pembuluh (vena) di kaki dan faraj anda. Begitu juga bayi yang membesar di dalam kandungan menambah tekanan ke atas vena tersebut. Vena verikos cenderung menjadi lebih teruk selepas beberapa kehamilan. Satu jalinan salur darah yang berdekatan dengan kulit akhirnya bersimpul dan kelihatan berwarna biru, merupakan tanda-tanda berlakunya gejala ini.

Langkah Mengatasi
Tinggikan paha dan kaki di atas bantal. Vena verikos pada vulvu akan hilang selepas kelahiran bayi, manakala pada kaki, ia akan bertambah baik apabila hormon berkurangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan